CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Monday, August 30, 2010

7 LIKUR

Ape itu 7 LIKUR???

Falsafah masyarakt Islam di sebalik budaya Ramadan

MALAM tujuh likur yang menjadi sebahagian daripada budaya setempat pada setiap Ramadan di negara ini menyimpan sejumlah tafsiran dengan sesetengahnya dikaitkan dengan kepercayaan India, Melayu dan Islam.

Ada pihak yang mengaitkannya dengan amalan masyarakat Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah pada malam Deepavali manakala daripada sudut budaya Melayu ia bertujuan menerangkan perjalanan jemaah ke surau atau masjid.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nor Hisham Osman yang melalui zaman kanak-kanak di kampung berpeluang menyaksikan malam tujuh likur sebagai hari masyarakat desa menyiapkan juadah sebelum Syawal.
“Lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bersatu tenaga menyediakan juadah seperti dodol dan meminta bantuan kanak-kanak untuk menumbuk gula mahupun tepung menggunakan lesung kaki selain bergilir-gilir mengacau kerana ia mengambil masa panjang untuk dimasak,” katanya.

Berhubung tradisi memasang panjut pada masa itu, ia dikatakan bagi membantu mereka yang menuju ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan.
“Orang kampung memasang panjut sepanjang Ramadan sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah kerana kami tiada kemudahan elektrik seperti hari ini,” katanya pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru ini.

Malam tujuh likur turut meninggalkan nostalgia kenakalan zaman kanak-kanaknya bersama-sama rakan sekampung yang gemar menyakat penduduk kampung terutama golongan tua terutama ketika mereka pergi menunaikan tarawih.

Yassin - bagi saya malam tujuh likur ini adalah adat budaya melayu itu sendiri sumbernya drp mana tidak dipastikan asas tujuannya sekadar ingin memeriahkan malam-malam menjelang hari raya dengan memasang pelita juga dpt menerangi kampung-kampung yang gelap sambil membuat sedikit persiapan menjelang hari raya. Rumusannya memasang pelita atau lilin sekadar utk bersuka-suka.


____________________________________________________________________

Pada pendapat aku la kan, malam 7likur malam yg aku nanti2kan sejak kecik lg...mana x nyer..malam ni la, malam yg diterangi dengan pelita2 yg dipasang disekeliling rumah...mmg meriah...Di samping malam Lailatul Qadar, malam ni juga malam untuk persediaan kite menyambut Syawal....


0 comments:

Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me