CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Wednesday, August 18, 2010

Kelebihan KURMA

Saya ingin kongsikan artikel yang di petik dari blog Evolusi Minda pada anda semua. Artikel ni ditulis oleh Puan Arina Abbas, Moderator/ Penceramah dari Evolusi Minda

Manusia dan makanan tidak boleh dipisahkan. Ini juga menyebabkan industri pemakanan semakin banyak yang tumbuh. Makanan segera, bazar ramadhan, restoran, kopitiam dan pelbagai lagi tempat makan dibangunkan. Industri makanan semakin maju dan ramai yang mampu menjadi jutawan melalui industri makanan. Namun terlalu ramai yang tidak tahu antara tips kejayaan yang utama adalah menjaga pemakanan (food intake). Ia bukan satu mitos atau dongengan tetapi satu kenyataan yang harus diberi perhatian dengan serius. Pemakanan yang terjaga menjamin kejayaan dan seterusnya kekayaan.

Pemakanan yang sihat harus dititik beratkan sejak daripada bayi lagi. Ibubapa harus menjaga dengan teliti pemakanan bayi untuk menjamin bayi itu membesar dengan sempurna dan yang paling penting kesihatan mindanya terpelihara.

Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Masalah utama yang terdapat pada kita terutama orang kita adalah tidak mengambil berat soal pengambilan makanan. Sehingga tercipta kata-kata, ‘aku apa pun makan, tolak batu ngan kayu jer’.

Tahukah anda untuk menjadi berjaya atau kaya apatah lagi untuk menjadi jutawan hebat kita perlu menjaga pemakanan kita. Perut yang sihat memastikan fokus yang baik. Fokus yang tajam memastikan kejayaan dalam perniagaan.

Ramai yang tidak tahu, bahawa fokus bersangkutan dengan kesihatan perut. Jika perut tidak sihat, fokus juga tidak akan menjadi tajam. Ini dengan sedirinya akan mengganggu perjalanan bisnes yang dilakukan. Apabila fokus tidak bagus dengan sendirinya rezeki menjadi sempit.

Bagaimana keadaan ini berlaku? Apa hubungkaitnya perut dengan fokus? Baiklah, mari kita tengok hubungkaitnya, apabila kita makan sesuatu makanan, ia akan masuk kedalam perut dan dicernakan. Boleh dikatakan 90% makanan yang dimakan adalah bersifat asid dan asid ini pula sifatnya panas.

Mari kita lihat bagaimana asid ini mempengaruhi kita. Kita ambil contoh satu organ sahaja, iaitu perut. Perut, hati dan limpa mempunyai frekuensi organ yang sama. Apabila sesuatu makanan yang bersifat asid masuk ke dalam perut, pankreas akan merembeskan lebih banyak asid untuk mencernakan makanan tersebut.

Ini mengakibatkan asid yang berlebihan dan asid ini akan diserap ke dalam darah dan seterusnya diedarkan ke seluruh badan termasuk otak. Asid akan mempengaruhi otak menjadi lembab, kurang kreatif dan seterusnya meletihkan badan.

Asid-asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk kristal. Inilah antara punca penyakit gout, gastrik, batu karang dan hepatitis. Apabila badan menjadi panas akibat asid yang berlebihan ini, perasaan dengan sendirinya akan terganggu. Seseorang itu akan merasa keliru, was-was, kurang keyakinan, malas, letih dan hilang selera makan. Keadaan ini juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah telinga, mulut kering dan pecah, mudah demam, suhu badan tidak seimbang.

Bayangkan apabila kita melakukan perniagaan, kita sering berasa keliru tidak mampu membuat keputusan dengan baik, was-was dengan semua tindakan, bagaimanakah perniagaan itu hendak mencapai kejayaan? Mampukah kita memperbesarkan perniagaan tersebut? Kita menjadi runsing, cepat putus asa, terganggu dengan masalah peyakit yang ada dan dengan sendirinya kurang tumpuan dan sentiasa berasa letih dan lemah. Bolehkah kita mencapai impian untuk menjadi kaya apatah lagi jutawan dengan keadaan dan situasi yang begini? Jauh sekali.



Jangan ikut perasaan, kalau niat untuk menjadi berjaya atau kaya itu sangat kuat, jagalah pemakanan anda. Percayalah bahawa semua orang-orang yang berjaya menjaga pemakanan mereka. Semua organ-organ yang ada di dalam badan kita ini sebenarnya mempunyai tenaga frekuensi yang berbeza. Untuk memastikan kejayaan atau kekayaan menghampiri kita, kita wajib menjaga tenaga dan frekuensi organ-organ ini dengan baik. Apabila semua tenaga organ-organ dalam badan kita sentiasa berada di tahap 100% maka percaya dan percayalah kejayaan dan kekayaan mudah menjadi milik anda.

Ini adalah sebab utama mengapa Rasulullah s.a.w sangat menitik beratkan soal pemakanan. Baginda sendiri amat menjaga pemakanan baik dari segi khasiatnya mahupun dari segi kesuciannya. Mari kita lihat sunnah yang Rasulullah bawa, iaitu memakan kurma sebagai amalan.

Mengapa baginda berbuat demikian? Antara sebab utamanya adalah kerana baginda mempunyai tugas besar iaitu menyebarkan Islam sehebat mungkin. Untuk tugasan hebat ini, baginda harus memiliki kesihatan yang unggul, fokus yang sangat tajam, kebolehan membuat keputusan dengan cepat (fast decision making), mempunyai tenaga minda yang tinggi agar mampu menpengaruhi umat untuk memeluk Islam. Tidak hairanlah mengapa baginda sehingga hari ini menduduki tangga pertama orang yang paling berpengaruh di dunia menurut satu sumber kajian seorang penulis buku dari Amerika Syarikat.

Apa kaitannya kurma dengan kejayaan baginda? Kurma, kismis, delima, merupakan sebahagian daripada makanan yang bersifat alkali dan apabila diambil dengan kadar yang berpatutan mampu membantu meneutralkan asid yang ada di dalam badan seseorang. Seperti yang kita tahu, asid mengganggu kesihatan, tetapi alkali yang terdapat pada makanan ini mampu mematikan keracunan asid tersebut. Apabila badan kita neutral tidak ada gangguan pada pemikiran dan ketetapan fokus menjadi tinggi. Mental menjadi kuat dan kita mampu merancang strategi dengan baik.





Inilah sebab mengapa Rasulullah bersabda,
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Dan baginda bersabda lagi,
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Malah banyak lagi hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kebaikan menjaga pemakanan. Jadi mula daripada sekarang bagi sesiapa yang mempunyai impian untuk berjaya, menjadi orang hebat dan kaya, maka jagalah pemakanan anda.

0 comments:

Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me