CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu




Haaa... Korang sudah tengok filem adaptasi dari novel ni??? Pada mulanya, memang aku tak excited nak tengok filem2 melayu ni...bukan sebab ape, yela aku tengok cite melayu sekarang asyik2 cite antu, asyik2 cite gengster...hurmmmm...so filem ni kite tukar mood sekejap... Mula2 masuk panggung memang la kena Q panjang...terpikir sekejap... boleh tahan jugak penangan filem ni... kat Fb pun sama... semua orang komen pasal filem ni... So untuk memuaskan hati sendiri... nak tak nak aku join la tengok bersama kekwan yang laen... start je jalan cite da wat smua orang touching..pehhh..leleh sehh..hehehe.... kalau korang tak tengok lagi... cepat2 la tengok... sure memang puas hati filem ni..


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

0 comments:

Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me