CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Monday, January 7, 2013

Selagi ada waktu, selagi ada kesempatan.....

selagi ada waktu, selagi ada kesempatan, aku ku cuba untuk mencuri hatinya... tapi kadang-kadang, aku seolah2 berlawan dgn perasaan sendiri... hurmm.. adakah dia yg sesuai utk aku.. adakah dia yg terbaik utk aku...

"takot dgn bayang2 sendiri"


:(

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan buat semua...



Setiap umat manusia, pasti mempunyai harapan dan impian pd bulan puasa....semoga bulan ramadhan pd tahun ini, memberikan aku sejuta kekuatan utk menempuh hari2 yg mendatang.... Aku berdoa agar segala kesulitan yg aku alami, dipermudahkan semuanya, apa yang berlaku pd 4 Ramadhan tahun lpas 2011, mudah-mudahan memori itu tidak akan menghantui lagi... huhuh... :(


Amat perit untk aku hadapi semua ni, kejadian ni akan aku ingat dan jdkan pengajaran buat diri aku.. apa yang berlaku pd tahun lpas, aku percaya mempunyai hikmah yg besar... Ya Allah berikan lah aku kekuatan utk menempuh dugaan dan cabaran Mu... Terima kasih buat rakan2, sahabat, teman, kerana memberikn aku kekuatan utk aku teruskn hidup sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah~~~~~~ 





Thursday, June 7, 2012

Haiiiii, update update!!! sekian lama x update!!! hahah

fuuuhhhh... penat aku membersihkan sawang-sawang kat blog aku ni..hahahha
yela, sudah lama bebeno aku tak menjenguk blog aku yang tidak seberapa ni kan, walaupun x seberapa, tapi cantek tu ada....hehehh....

Actually, aku update blog ni pun pasal nak share ngn follower follower semua
 ( ehhhh*** ade follower ke?? ) pasal aktiviti sepanjang aku x update blog ni.... haaaa paling latest pasal PERTANDINGAN ZAPIN daerah kluang... Allhamdulillah, kategori terbuka LESTARI group dapat JOHAN dan terus mewakili Kluang dalam pertandingan zapin di JB peringkat negeri pulak... Sekolah aku, dapat Naib Johan, tak pe GEMALAI SUKMA, cikgu bangga ngan korang semua, semangat korang hendak merampas smula title JOHAN pada tahun 2009 hampir-hampir menjadi kenyataan... ^_^ tahun depan kita cuba lagi k... 

So bawah ni, gambo-gambo berkaitan dengan GEMALAI SUKMA


BACK STAGE B4 persembahan






HASIL MAKEUP 4 am hahahah......













ni rakaman video ^_^

http://youtu.be/3kGg2wxXchE 






Thursday, February 16, 2012

MAKE OVER!!!


Hai semua...
Fuuhhh, penat-penat.... bru balik dari koje, & terus mengadap lapy dan update blog...twink3 *_* heheh

Hari ni aku nak share ngan semua pasal make over... 15 Feb 2012 lepas, aku dapat job make up orang... so far ni la 1st time aku nak mengubah muka org dari tak cantek kepada cantek...hahaha... adehhh... cuak jugak ni... dengan berbekalkan keyakinan dan Bismillah, aku makeup la 4 orang perempuan staff HOOVER....

start dalam pukul 9 am dan finish my work pukul 1.00 pm...fuhhh..mau lenguh pinggang ni..hahahah... ok fren ni semua hasil air tangan aku... kalau rasa tak ok, just komen je..heheh,,, yela, baru-baru belajar bab makeup2 ni... Banyak benda aku tak tahu.. ^_^
































ni semua hasil tangan sendiri... memang banyak kelemahan lagi, tapi tak per, laen hari aku cuba lagi...heheh 








Monday, February 13, 2012

Sape Kate???


YUHUUUU ^_^

Assalamualaikum!!!!!

hehhe, lama bebeno aku tak update blog ni... Yela kan, mana tak nye sibuk sangat mengadap muka buku sampaikan blogger pun aku tak singgah...

Btw, saje je aku singgah blog ni, nak update ape yang patut....kang kalau tak update jemu plak folower2 aku yang tak seberapa ni...hehehe... ( ehh!!! ade FOLOWER ker??? ) - verangan sejenak...hehehhe

Biasala, awal-awal tahun ni, da bukak sekolah, so macam2 la program yang kena buat... hurmmm... tanggungjawab tetap tanggungjawab sebagai pendidik harus diteruskan tanpa rasa penat lelah.. ^_^


pic ni baru snap pagi tadi kat bilik aku, lama bebeno menunggu student tak sampai2... hehehhe

Tahun ni alhamdulillah, murah rezeki.. bersyukur pada Allah, sebabnya Kem Mahkota Kluang invite aku untuk menjadi tenaga pengajar menari untuk ahli2 kem di sana... Amat besar harapan dorang terhadap aku... Mana tak nye, tahun ni dorang nak menang persembahan tarian untuk majlis tahunan dorang hujung bulan dua ni... fuhhhh~~~~ bayangkan pelatih yang tiada basic menari, yang ade basic berkawad dan pegang senapang je... camne tu??? gigih jugak la aku mengajar, penat-penat tapi seronok sebab dorang memang sporting dan hormat kite... ^_^

Bulan dua ni jugak tiba2 dapat offer untuk menjadi juru makeup... ayooo!!!! mampukah??? menggigil jugak, sebabnye ni la 1st time aku makeupkan org luar, selama ni pun aku hanya makeupkan budak2 zapin sekolah saje, takut-takut dorg tak puas ati plak nanti... O_O' glurrppp!!!



Ok, ni aku nak share hasil karya student aku... saje nak memenuhkan entri ni...lalalalla






^_^




Thursday, December 8, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum......


Malam ni malam jumaat kan... Malam ni tiba-tiba timbul rasa nak muhasabah diri... Yela, dengan apa yang berlaku sepanjang tahun ni, macam-macam aku tempuh... Tahun baru pun makin dekat, adakah tahun ini, semua hajat yang aku inginkan tercapai??? Dan adakah tahun ini, merupakan tahun untuk menguji kesabaran diri??? hurmmm... tidak mengapa, baik buruk yang berlaku ke atas diri aku sepanjang tahun ini besar hikmahnya... :)

Memang amat besar dugaan yang aku lalui sepanjang tahun ni, aku ditimpa kemalangan 4 hari bulan ramadhan..huhu...Tipula kalau aku tidak rasa kehilangan, memang aku rasa kehilangan masa tu...hilang harta benda... huuhuhu.... tapi disebalik kesedihan yang aku alami, aku telah dikurniakan seorang yang bergelar sahabat... Dia lah yang sentiasa memberikan aku sokongan, memberikan aku nasihat untuk aku bangun semula... sehingga sekarang, sahabat ini sentiasa memberikan aku sokongan sekiranya aku menghadapi masalah... betullah orang kata, kawan mudah nak cari tapi sahabat amat-amat payah untuk kita temui... Tapi Alhamdulillah, amat besar hikmah yang aku perolehi disebalik kejadian yang berlaku ke atas diri aku tanpa sedar...

Terima kasih Teman :)

Tahun depan tak tahu lah apa khabarnya..... sebelum kita memikirkan masa depan, baik kita memikirkan masa kini yang belum tentu baik atau buruk akhirnya

Berusaha untuk selalu berfikir positif dan optimis dalam semua kesulitan ,Jangan terobsesi pada pengalaman masa lalu atau masa depan, tapi tataplah masa kini. Masa lalu sudah lewat, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

Peganglah kata-kata ini sebagai muhasabah diri... Memang akan aku pegang kata-kata ini... :)

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu




Haaa... Korang sudah tengok filem adaptasi dari novel ni??? Pada mulanya, memang aku tak excited nak tengok filem2 melayu ni...bukan sebab ape, yela aku tengok cite melayu sekarang asyik2 cite antu, asyik2 cite gengster...hurmmmm...so filem ni kite tukar mood sekejap... Mula2 masuk panggung memang la kena Q panjang...terpikir sekejap... boleh tahan jugak penangan filem ni... kat Fb pun sama... semua orang komen pasal filem ni... So untuk memuaskan hati sendiri... nak tak nak aku join la tengok bersama kekwan yang laen... start je jalan cite da wat smua orang touching..pehhh..leleh sehh..hehehe.... kalau korang tak tengok lagi... cepat2 la tengok... sure memang puas hati filem ni..


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Saturday, December 3, 2011

Hidup kembali ceria :)

Dalam bulan 11 yg lalu, banyak dugaan yang aku perlu tempuhi...amat perit ku rasa... tak tahu di mana perlu aku mengadu, di mana perlu aku menangis.. Saat-saat seperti ini, aku amat memerlukan seseorang yang sudi untuk mendengar segala isi hati yang selama ini aku tanggug sorang2...huuh... Mengharapkan kasih pada yang tak sudi seolah2 aku ibarat pengemis yang terhegeh2 untuk memetik cintanya... Dengan segala kesabaran yang selama ini aku tanggung...pelbagai hikmah yang aku dapat... Tuhan tu maha kaya, sentiasa memberikan yang terbaek untuk semua hambanya.... Alhamdulillah, Tuhan telah membuka mata untuk membezakan yang mana kaca yang mana permata... Terima kasih buat BFF yang selama ini tak jemu untuk memberikan aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ni... Aku amat beryukur kepadaMu kerana telah mengurniakan aku seorang teman BFF yang sentiasa di sisi bila aku menghadapi masalah... Terima kasih awak... Awak banyak beri saya nasihat, sokongan, saya amat hargai segala pengorbanan yang telah awak beri selama ini.. :) Tak tahu macam mana untuk saya balas segala kebaikan yang awak berikan selama ni kepada saya...

Terima kasih Teman :)

Tuesday, September 20, 2011

Hai semua... mood petang ni, tetiba pulak nak update blog.. tapi tak tahu pulak nak cite pasal isu ape..hahahha... anyway, saje je kot nak cantekkan lagi blog aku yang serba simple ini..



saje membuang masa seketika melayan mood diri..>


Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri 2011







with my sibling

Salam Aidilfitri buat follower2 semua yg selalu singgah my blog yg serba simlpe ini.. :D
Biasalah, bulan2 raya ni agak sibuk dengan aktiviti2 terjah rumah kawan2 tuk beraya...
Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua....





Monday, August 8, 2011

Excident :(


04.08.2011 - 3.20pm ( lokasi Jalan Besar Kahang Timur )


Setiap musibah yang berlaku, setiap dugaan yang Allah berikan kepada semua hamba2nya, ade hikmah disebalik ape yang berlaku... Semua hambanya tidak lari dengan dugaan dariNya...

Aku percaya,ape yang berlaku pada diri aku ni, terdapat 1001 hikmah disebaliknya... Kejadian berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pentaksiran PSV 2011...

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sering kita dengar, yang sering kita guna...alhamdulillah, aku cuma cedera ringan sahaja...Allah masih sayangkan aku... kejadian berlaku sekelip mata yang tidak dapat aku terangkan bagaimana...

Sedih memang aku sedih.. aku diamkan diri dan berfikir tentang nasib diri aku ni.... OREN da xde... :( tiap petang, aku akan cuci, aku akan lap, aku akan bwk pusing2... tp skg, Oren xdpt nak menemani aku...

Oren byk berjasa, dialah satu2 nya harta pertama hasil titih peluh aku berkerja, hasil titik peluh aku mendidik, hilang sekelip mata.... :(

Dengan sokongan keluarga, rakan2, dengan iringan doa, allhamdulillah, aku dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan tenang... Dan aku percaya, ade HIKMAH disebaliknya... InsyaAllah... amin










kereta langgar dari arah bertentangan



Sunday, July 31, 2011

Welcome Ramadhan



Selamat datang Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ini aku dipanjangkan umur
dan dapat bertemu kembali bulan yang dinanti-nantikan ini...

semoga pada tahun ini, akan mendapat seribu
kenikmatan dalam mengerjakan ibadat puasa

amin~~~


Monday, July 4, 2011

UiTM Shah Alam

SEMINAR MEMPERKASAKAN GENERASI MUDA 2011

Pada 1hb Julai yang lepas, SMK Kahang telah ditawarkan untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh Parlimen Sembrong yang diadakan di UiTM Shah Alam... so, sek aku pun mnghantar 97 orang pelajar tingkatan 5...

Tanpa melepaskan peluang, aku pun nak ikut sama menjadi guru pngiring... giler kalau x nak pergi kan...hehe...

So kami semua bergerak ke Uitm dalam pukul 10am dari Kluang dan seramai 1000 pelajar dari 4 sek yang laen... ( 13 bus )

Dalam perjalanan, macam2 berlaku...bus rosak la.... aircond bus x berfungsi laa... kesian kat student2 aku sebab masing2 kepanasan.....

Sampai Uitm dalam pukul 4pm... so kami semua diberi bilik.......




disebalik pintu ni, nak tau rupa bilik??

tadaaaaaaa




tu diaaa... biasala...bilik studet kan...

yg penting selesa... walupun kami disambut dengan serangan nyamuk
heheehhe...

Program ni, guru2 tidak terlibat...kerana semua pelajar di kawal dan diuruskan oleh Mentor2 di sana, so guru agak free la... Memandangkan guru tiada pgram sgt disana, so da dekat dgn uptown, ak pn lari ke sana..hahahha.... saje ronda2 walupun hanya membeli selipar




murah je.. RM15 saje... ^^,

Senang cite, pgrm guru2 kat sana ibarat bercuti...berbanding pelajar yang kena melibatkan diri dengan segala aktiviti bersama mentor...heheh... Berjalan n beronda2 saje la kami semua... mau nak tercabut gak kaki ni, lenguh sangat........

ni antara lokasi2 kami meronda......



Stadium Uitm




Perpustakaan Uitm



Adehhh...ade banyak lagi gambo2 kami beronda... tak dan nak upload semua.. :D


Monday, June 27, 2011

TAK BOLEH TIDOOO

hurmmm.........malam ni ntah kenapa aku xboleh tidoooo...


mungkin, terlalu penat sebab petang tadi aku balik kol 5 petang kerana stay back with my student untuk siapkan kerja kursus PSV...

atau, aku terlalu banyak berfikir, sama ada pasal kerja atau pasal apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran aku ini....

hurmmmmmmm...... entah la, aku pun tak faham.... @_@

Tuesday, June 14, 2011

Chicken POx

hari ini, genap cukup seminggu aku menghidapi CHICKEN POX a.k.a cengkering..
ini memang kali pertama aku kena jangkitan penyakit ni..tp aku memang tidak sangka seteruk ni aku kena..

sabar sani sabar...
itu saja yang dapat aku kata....
paling teruk kena kawasan muka dan badan...
badan aku tak kisah sangat sebab bahagian tertutup...
tapi yang membuatkan aku risau, bahagian muka...

yela, kerjaya aku pun komunikasi dengan orang...
jumpa masyarakat.... timbul juga la perasan malu ni....




tidak mengapa, ada hikmah semua penyakit yang diberi...
aku redha dan aku tetap kuatkan semangat....

semalam pergi ke sekolah, dengan tujuan untuk menyiapkan kerja
yang belum siap lagi... yela, aku dapat MC 10 hari... macam2 boleh berlaku kan..
sampai2 saja di sekolah, keluarkan suara2 sumbang kata macam2....

"Jangan dekat, ko pembawa virus!!!!!!!"

mau x sedih aku dengar..........(T_T)

ko da hodoh sekarang!!!!!!!!


hurmmm....Ya Allah, kuatkan la semangat aku ni....lindungilah rakan2 aku dari terkena penyakit sebegini...



Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me