CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu




Haaa... Korang sudah tengok filem adaptasi dari novel ni??? Pada mulanya, memang aku tak excited nak tengok filem2 melayu ni...bukan sebab ape, yela aku tengok cite melayu sekarang asyik2 cite antu, asyik2 cite gengster...hurmmmm...so filem ni kite tukar mood sekejap... Mula2 masuk panggung memang la kena Q panjang...terpikir sekejap... boleh tahan jugak penangan filem ni... kat Fb pun sama... semua orang komen pasal filem ni... So untuk memuaskan hati sendiri... nak tak nak aku join la tengok bersama kekwan yang laen... start je jalan cite da wat smua orang touching..pehhh..leleh sehh..hehehe.... kalau korang tak tengok lagi... cepat2 la tengok... sure memang puas hati filem ni..


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Saturday, December 3, 2011

Hidup kembali ceria :)

Dalam bulan 11 yg lalu, banyak dugaan yang aku perlu tempuhi...amat perit ku rasa... tak tahu di mana perlu aku mengadu, di mana perlu aku menangis.. Saat-saat seperti ini, aku amat memerlukan seseorang yang sudi untuk mendengar segala isi hati yang selama ini aku tanggug sorang2...huuh... Mengharapkan kasih pada yang tak sudi seolah2 aku ibarat pengemis yang terhegeh2 untuk memetik cintanya... Dengan segala kesabaran yang selama ini aku tanggung...pelbagai hikmah yang aku dapat... Tuhan tu maha kaya, sentiasa memberikan yang terbaek untuk semua hambanya.... Alhamdulillah, Tuhan telah membuka mata untuk membezakan yang mana kaca yang mana permata... Terima kasih buat BFF yang selama ini tak jemu untuk memberikan aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ni... Aku amat beryukur kepadaMu kerana telah mengurniakan aku seorang teman BFF yang sentiasa di sisi bila aku menghadapi masalah... Terima kasih awak... Awak banyak beri saya nasihat, sokongan, saya amat hargai segala pengorbanan yang telah awak beri selama ini.. :) Tak tahu macam mana untuk saya balas segala kebaikan yang awak berikan selama ni kepada saya...

Terima kasih Teman :)

Tuesday, September 20, 2011

Hai semua... mood petang ni, tetiba pulak nak update blog.. tapi tak tahu pulak nak cite pasal isu ape..hahahha... anyway, saje je kot nak cantekkan lagi blog aku yang serba simple ini..



saje membuang masa seketika melayan mood diri..>


Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri 2011







with my sibling

Salam Aidilfitri buat follower2 semua yg selalu singgah my blog yg serba simlpe ini.. :D
Biasalah, bulan2 raya ni agak sibuk dengan aktiviti2 terjah rumah kawan2 tuk beraya...
Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua....





Monday, August 8, 2011

Excident :(


04.08.2011 - 3.20pm ( lokasi Jalan Besar Kahang Timur )


Setiap musibah yang berlaku, setiap dugaan yang Allah berikan kepada semua hamba2nya, ade hikmah disebalik ape yang berlaku... Semua hambanya tidak lari dengan dugaan dariNya...

Aku percaya,ape yang berlaku pada diri aku ni, terdapat 1001 hikmah disebaliknya... Kejadian berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pentaksiran PSV 2011...

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sering kita dengar, yang sering kita guna...alhamdulillah, aku cuma cedera ringan sahaja...Allah masih sayangkan aku... kejadian berlaku sekelip mata yang tidak dapat aku terangkan bagaimana...

Sedih memang aku sedih.. aku diamkan diri dan berfikir tentang nasib diri aku ni.... OREN da xde... :( tiap petang, aku akan cuci, aku akan lap, aku akan bwk pusing2... tp skg, Oren xdpt nak menemani aku...

Oren byk berjasa, dialah satu2 nya harta pertama hasil titih peluh aku berkerja, hasil titik peluh aku mendidik, hilang sekelip mata.... :(

Dengan sokongan keluarga, rakan2, dengan iringan doa, allhamdulillah, aku dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan tenang... Dan aku percaya, ade HIKMAH disebaliknya... InsyaAllah... amin










kereta langgar dari arah bertentangan



Sunday, July 31, 2011

Welcome Ramadhan



Selamat datang Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ini aku dipanjangkan umur
dan dapat bertemu kembali bulan yang dinanti-nantikan ini...

semoga pada tahun ini, akan mendapat seribu
kenikmatan dalam mengerjakan ibadat puasa

amin~~~


Monday, July 4, 2011

UiTM Shah Alam

SEMINAR MEMPERKASAKAN GENERASI MUDA 2011

Pada 1hb Julai yang lepas, SMK Kahang telah ditawarkan untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh Parlimen Sembrong yang diadakan di UiTM Shah Alam... so, sek aku pun mnghantar 97 orang pelajar tingkatan 5...

Tanpa melepaskan peluang, aku pun nak ikut sama menjadi guru pngiring... giler kalau x nak pergi kan...hehe...

So kami semua bergerak ke Uitm dalam pukul 10am dari Kluang dan seramai 1000 pelajar dari 4 sek yang laen... ( 13 bus )

Dalam perjalanan, macam2 berlaku...bus rosak la.... aircond bus x berfungsi laa... kesian kat student2 aku sebab masing2 kepanasan.....

Sampai Uitm dalam pukul 4pm... so kami semua diberi bilik.......




disebalik pintu ni, nak tau rupa bilik??

tadaaaaaaa




tu diaaa... biasala...bilik studet kan...

yg penting selesa... walupun kami disambut dengan serangan nyamuk
heheehhe...

Program ni, guru2 tidak terlibat...kerana semua pelajar di kawal dan diuruskan oleh Mentor2 di sana, so guru agak free la... Memandangkan guru tiada pgram sgt disana, so da dekat dgn uptown, ak pn lari ke sana..hahahha.... saje ronda2 walupun hanya membeli selipar




murah je.. RM15 saje... ^^,

Senang cite, pgrm guru2 kat sana ibarat bercuti...berbanding pelajar yang kena melibatkan diri dengan segala aktiviti bersama mentor...heheh... Berjalan n beronda2 saje la kami semua... mau nak tercabut gak kaki ni, lenguh sangat........

ni antara lokasi2 kami meronda......



Stadium Uitm




Perpustakaan Uitm



Adehhh...ade banyak lagi gambo2 kami beronda... tak dan nak upload semua.. :D


Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me