CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Sunday, September 5, 2010

Makanan seimbang di bulan puasa



RAMADAN adalah bulan penting dalam kalendar Islam yang menuntut umatnyamenunaikan rukun Islam ketiga itu untuk menahan lapar dan dahaga denganberpuasa.

Bagi golongan pelajar kemungkinan bulan ini memberi sedikit cabarankerana mereka perlu belajar dalam keadaan lapar dan dahaga apatah lagijika sedang menduduki peperiksaan atau ujian bulanan.

Mungkin ramai yang akan menggunakan alasan tubuh lemah kerana kurangmakan sehingga menurunnya produktiviti kerja seharian. Mereka akanmemberikan pelbagai alasan kerana tidak larat.

Justeru itu, tip dan panduan minggu ini akan memberikan beberapa carauntuk pelajar menghadapi bulan ini dengan lebih bersedia tanpa rasalesu dan mengantuk.

Pakar Pemakanan, Norlida Alias, berkata pengambilan makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah.

Anda harus bijak memilih makanan ketika sahur dan juga berbuka supaya tetap sihat sentiasa segar.

Berikut ini beberapa panduan khusus ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat ketika sahur atau berbukapuasa. Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizilengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putihpada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktusiang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk ketika belajar.

* Ambil vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarnakuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka andatidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Ketika berbuka:

* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suambagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untukmenambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jamsebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbanganterlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Panduan mengelak nafas berbau



Berpuasa akan menyebabkan mulut anda berbau kerana kita tidak makanatau minum ketika waktu siang. Oleh itu terdapat beberapa panduan untukmengelakkan bau nafas.

* Kurangkan pengambilan makanan seperti petai, bawang putih dan bawang mentah ketika sahur.

* Selesai makan sahur, minum air putih pada jumlah yang banyak.

* Menggosok gigi dan lidah selepas makan sahur dan menjelang tidur.

* Berkumur dengan larutan khusus (antiseptik) untuk menghilangkan bau mulut.

0 comments:

Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me