CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Sunday, December 26, 2010

Terapi diri


Rasa tenang je bila dengar Selawat ni.. huhuh...

Friday, December 17, 2010

Induksi oh Induksi

18hb Dec 2010 ~ 2.25pm

Hujan petang...sejuk je rasa, tp kadang2 rasa mengeluh jugak, kadang2 rasa bersyukur jugak..
ape2 pun alhamdulillah kerna segala tugas untuk tahun ni telah dapat aku laksanakan dengan baik... Peperiksaan Spm pn da nak abes, Induksi pn da selesai... segala persoalan dan segala ketakutan + kecuakan dapat aku hadapi..sebab ape??? sebabnyer kursus induksi telah aku lalui...semua kaki tangan kerajaan akan berasa x senang duduk bila INDUKSI bermula..ye la induksi ni la segala2nya untuk mengesahkan sesuatu jawatan kerja di kerajaan..so far so good, aku dapat harungi...
kursus induksi aku amat pendek berbanding dengan kursus induksi sebelum ni.. hanya 3 ari jerk.. 15hb ~ 17hb Dec 2010 di La Bella Resort Mersing..alhamdulillah, ape yg penting kt kepala ni, aku berdoa mudah2an kursus ni LULUS!!!!





Sunday, December 5, 2010

Maal Hijrah




Insyaallah

Insya Allah ~~~~~~
ape yg aku hajati, ape yg aku inginkan,mudah-mudahan terlaksana dan tercapai...
Alhamdulillah, dalam bulan ni rezeki aku bertambah....dan dalam bulan ini juga, orang ramai sudah memerlukan perkhidmatan aku bukan hanya seorang guru, tapi seorang jurulatih...
sekarang aku diberi tanggungjawab untuk melatih kumpulan kompang ditempat aku tinggal
Felda Ulu Dengar...Kumpulan ini akan menyertai pertandingan kompang berirama di Putrajaya pada sabtu ini....11/12/2010...dengan pengalaman yang aku ada, walaupun sedikit, aku akan berusaha untuk memastikan kumpulan ini setanding dengan kumpulan2 lain..
ye masa memang amat singkat
tapi insya Allah dengan segala kesungguhan kumpulan ni
membuat persiapan, tidak mustahil mereka akan mendapat tempat pada pertandingan nanti..


Wednesday, December 1, 2010

Malam Army

30 hb Nov 2010 ~ Malam kemuncak bagi kem2 Mp kt Johor

Hampir sebulan aku melatih polis2 tentera tuk
1 majlis kemuncak tuk penilaian akhir Mp2 di Johor...
malam ni merupakan malam penentu platun manakah yg akan membawa pulang
replika Tayar (Kumpulan terakhir)...
anak2 buah aku dr Platun Depot Peluru Kluang & Kem Mahkota Kluang
melakukan persembahan yg terbaik pd malam ini....
walaupun cuaca pd mlm itu agak hujan tp
majlis tetap diteruskan walaupun
busana2 dorg ( Tema Kesultanan Melayu Melaka )
abes basah..ini lah semangat askar2 kite...ehehhe



Kem Mahkota Kluang



Platun Depot Peluru Kluang


Monday, November 8, 2010

Dance with Army Kem Mahkota Kluang

08112010
hi korg...da lama gak x update blog ni..
mklumla..byk benda nk kena wat..heheh
hari ni bermulalah aktiviti mengajar tarian
alhamdulillah, aku dipanggil oleh Kem Mahkota Kluang
untuk mengajar pelatih2 askar ni menari utk satu pertandingan
ni merupakan 1 cabaran buat aku
sbbnya ni pertama kali aku mengajar
askar2 menari..heheh..yela askar kan
so phm2 je la dorg cmne...ngn keras nyer
mcm besi..heheh...
so kena amek masa yg agak lama la utk biasakan dorg
ngan pergerakan tarian ni...
pening gak pd mulanya..berpikir apa tarian yang sesuai tuk
golongn2 ni..so akan konfident nyer, aku ajar la Endang
tarian yang paling senang tuk dorg..heheh
yela, duduk je kan...hanya pergerakan tangan jekk...

Ari pertama pktice dlm bilik kecik
so ari ke2 pktice kt luar..parking area...fuhhhh panas gilerr
tp ngn semangt dowg yg nk blaja ni
sejuk je rasa...hahahha


Tuesday, October 26, 2010

Ku Berjanji Karna Cinta

Lirik Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain

Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain

Lagu ini ku tujukan utk mu ayg

Thursday, October 21, 2010

Pertandingan Zapin Johor 2010

15hb Okt ~ 17hb Okt 2010
Pertandingan Zapin Johor 2010 telh diadakan di Stadium Bandaraya Johor Bahru...
Sperti tahun2 yg lalu, kluang tetap menghantar penyertaan walaupun tahun ni, kluang hanya hantar 4 kategori sahaja, tapi semangat kluang tetap tinggi dan menaruh harapan yang tggi untuk membawa pulang trofi dan title Kejuaraan pada tahun ini...
Berbeza dari tahun lepas Kumpulan LESTARI tahun ni mempersembahkan zapin pat lipat dan diiringi dgn lagu Ya Badrotim serta di tarikan oleh pasangan penari laki dan perempuan...tema tahun ni "padang pasir" so agak kena la jgak sbb kumpulan kami mmbawa lagu versi arab.

Format pertandingan tahun ni pun berbeza, saringan diadakan..
pada mula nya , aku mmg xsetuju adenye saringan
sbbnyer buang masa dan keputusan tidak dpt masuk ke final
sudah diketahui awal..so agak kecewa la
kumpulan kami tidak dapat mara ke final..huhuh




Busana penari lelaki



Busana penari perempuan



Sessi Melaram

Tuesday, October 12, 2010

Falling in LOVE with YOU



Hatiku dipetik oleh Seseorg

Monday, September 27, 2010

MERDEKA ~ Raya 2010

24hb pas sek ak wat Majlis MERDEKA RAYA 2010
sempena penutupan bln kemerdekaan dan smbutan Hari raya Aidilfitri...
Majlis thn ni amat berbeza sedikit, sbb nyer dismbut semua pelajar SMK KAHANG...
Berbeza dari thn lepas, smbutan hari raya dismbut hanya pelajar melayu sahaja...
Dengan kehadiran pengetua baru, dia mmg amat menyokong aku tuk aktifkan lagi kumpulan kebudayaan sek...macam2 gak dia bagi aku idea tuk aktifkan kelab ni dan menjadi identiti SMK KAHANG....da bos ckp cm 2, so aku pun berusaha la tuk wat yg terbaik....
Tuk majlis ni, persembahan oleh kelab kebudyaan berlainan sedikit, sbbnyer b4 ni hanye show zapin jerkk..so majlis ni aku wat tarian ala2 kontem plak..tuk bg pendedahan kpd pelajar2 smk kahang....LAgu "Dia Datang" sebagai overture dan lagu "Nazam Lebaran" sebagai penutup majlis ni... seperti biasala, aku bagun 5am tuk siapkan 6org pelajar...dengan makeup dan busana...dengan semangat dorg, aku makin semangatla....



ini la hasilnyer..hik3...









Lpas je majlis, mcm2 aku dgr...ade la mulut2 longkang
cikgu2 sek ni, depan je baik ngn aku, rupanye
blakang ngata ...pehhh..mmg wat aku mendidih...
slama ni ape yg aku wat, semua tuk kebaikan anak murid aku...
aku tubuhkn kelab ni pun atas dasar aku nk bg pengalaman n asah bakat
dak2 sek ni...tp ape yg aku wat, ade je yg xsenang duduk...
mula2 kelab ni ditubuhkan dak2 aku wat persembahan guna tudung...ingtkn respon baik, tp
ade je silapnyer...plan b aku try suh dak2 aku bukak tudung time show...
niat aku bukan nak suka2 buka aurat sorg, tp ak nak bg peluang kt dorg
supaya dpt mnggunakan aksesori zapin yg sebenr...
yg aku pelik skg kan...cikgu2 lama ni, nak kate bru je ngajar, da bthn2 ngjar
leh katekan senior daaa...tp pemikiran very d kolot ekk...
setiap kali pas show, ade je mulut2 yg perli2 dak2 zapin aku ni...biler aku ade, takot lak nak perli..biler aku xde, berani lak nk perli....
dak2 aku ni, bukanla menari bogel kt depan korg...pkai baju kurung lagi ....
menjolok mata korg ker????!!!! abes 2, dak2 ko yg berlari guna boxer, short, singlet x bertudung...xlak ko tegur...xlak ko mrh dia, nape pkai cm 2...ni bukan je menjolok mata bile tgk, ni da kire mmbutakan mata 2....tp dak2 aku gak yg jd mangsa perli2 korg....
besar sgt ke slh dak2 aku ni....aku bukan suka2 wat cm 2, sumer tuk kebaikan pelajar smk kahang gak....aduhhhhhhhhh...tlg la phm wahai cikgu2 senior....
ni sumer tuk majukan smk kahang..tuk kebaikan bersama...
tp ntah la....

kesabaran aku ade tahapnyer gak....selagi aku leh bersabar, selagi 2 gak
aku mendiamkan diri..jgn nak uji kesbr aku ekk..aku hormat ko, so ko hormatla aku..aku xkaco kerja ko, so jgn la nk kaco kerja aku...aku xwat taik kt ko, so jgnla nk wat taik kt aku ekk...

lantak la korg nk kate ape...aku ttp ngn pendirian aku..bukan aku ego, tp aku nk sedarkn korg
yg korg patut ubah perangai...

Monday, September 13, 2010

Dari Dia kite dtg, Kpd dia kite pergi

Raya ke2....tepat detik kire2 jam 1.00 am ( msuk raya ke3 )
ak dpt sms dr kwn (staf Smk Kahang), bgtau student aku
telah pergi kerahmatullah ..akibat langgar lari...
terkejut masa 2..xtau nk kate ape...walupun kdg2 aku geram kt dia, sbb dia slalu ganggu kwn2 kt kelas, tp skg...kelas 2 akan mjdi sunyi tanpa dia...dia ibarat penyeri dlm kelas 2..huhuh...
bile tgk pic dia, terasa sebak gak dihati ni...moga2, roh nye digolongan org2 yg beriman... sedekah al-fatihah utk dia..amin... (T_T)



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena bulan baik ni, ak mengambil kesempatan
untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd rakan2 blog
n kpd sesiapa saje yg sudi singgah blog ak ni yg serba simple.....
Ak pun ingin meminta maaf kpd sesiapa yg terasa hati sekiranye isu2
yg aku post kn disini melibatkn korg....xde niat ape2 cume sekdar utk renungan bersama...




Sunday, September 5, 2010

Makanan seimbang di bulan puasa



RAMADAN adalah bulan penting dalam kalendar Islam yang menuntut umatnyamenunaikan rukun Islam ketiga itu untuk menahan lapar dan dahaga denganberpuasa.

Bagi golongan pelajar kemungkinan bulan ini memberi sedikit cabarankerana mereka perlu belajar dalam keadaan lapar dan dahaga apatah lagijika sedang menduduki peperiksaan atau ujian bulanan.

Mungkin ramai yang akan menggunakan alasan tubuh lemah kerana kurangmakan sehingga menurunnya produktiviti kerja seharian. Mereka akanmemberikan pelbagai alasan kerana tidak larat.

Justeru itu, tip dan panduan minggu ini akan memberikan beberapa carauntuk pelajar menghadapi bulan ini dengan lebih bersedia tanpa rasalesu dan mengantuk.

Pakar Pemakanan, Norlida Alias, berkata pengambilan makanan seimbang dapat menghindarkan badan anda menjadi lemah.

Anda harus bijak memilih makanan ketika sahur dan juga berbuka supaya tetap sihat sentiasa segar.

Berikut ini beberapa panduan khusus ketika sahur dan berbuka puasa supaya tubuh kita tetap sihat dan segar selama sebulan.

Semasa sahur:

* Jangan lupa selalu makan makanan berkhasiat ketika sahur atau berbukapuasa. Walaupun menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur gizilengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.

* Banyakkan mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh kita memerlukan waktu lebih lama untuk mencernamakanan yang banyak mengandungi serat.

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyak minum air putihpada malam hari kerana kita memerlukan tenaga yang banyak pada waktusiang.

* Kurangkan makanan berlemak atau terlalu tinggi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda rasa mengantuk ketika belajar.

* Ambil vitamin A, B, dan C tetapi jika anda sudah makan buah berwarnakuning atau merah, sayur berwarna hijau tua, kekacang, kurma maka andatidak perlu khuatir kekurangan zat itu.

* Bagi penderita gastrik, makanan yang perlu dihindarkan ialah ketam,mi, daging berlemak, ikan dan daging yang diawetkan, sayuran mentah,sayuran berserat, minuman yang mengandungi soda dan perencah (cuka,lada, asam).

* Elakkan terus tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Ketika berbuka:

* Elakkan minum air sejuk atau ais tetapi minumlah air panas atau suambagi mengelakkan perut anda kembung terutama pesakit gastrik.

* Makan makanan manis dan berserat seperti kurma, sumber terbaik untukmenambah tenaga dan kemudian beristirehat kira-kira setengah jamsebelum mengambil hidangan berbuka untuk memberikan keseimbanganterlebih dulu pada pencernaan kita.

* Elakkan makan berlebihan dan mengambil makanan yang masam.

* Berbuka puasa hendaklah dilakukan secara bertahap dan tidak terburu-buru supaya sistem pencernaan anda tidak terkejut.

* Banyakkan pengambilan sayur, buah, dan daging tanpa lemak.

* Selepas berbuka puasa jangan terus tidur. Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan.

Panduan mengelak nafas berbau



Berpuasa akan menyebabkan mulut anda berbau kerana kita tidak makanatau minum ketika waktu siang. Oleh itu terdapat beberapa panduan untukmengelakkan bau nafas.

* Kurangkan pengambilan makanan seperti petai, bawang putih dan bawang mentah ketika sahur.

* Selesai makan sahur, minum air putih pada jumlah yang banyak.

* Menggosok gigi dan lidah selepas makan sahur dan menjelang tidur.

* Berkumur dengan larutan khusus (antiseptik) untuk menghilangkan bau mulut.

Thursday, September 2, 2010

Rumahku SyurgaKu 2

Ok ni session 2...about my home...
akhir bulan 5 mula dibina, awal bulan 9 siap la sepenuhyer rumah tuk parents aku...
smua telah lengkap, so persiapan raya thn ni pn da siap....

ak nk share pic2 b4 n after :)



before




After



Before



After



Before





After


Monday, August 30, 2010

7 LIKUR

Ape itu 7 LIKUR???

Falsafah masyarakt Islam di sebalik budaya Ramadan

MALAM tujuh likur yang menjadi sebahagian daripada budaya setempat pada setiap Ramadan di negara ini menyimpan sejumlah tafsiran dengan sesetengahnya dikaitkan dengan kepercayaan India, Melayu dan Islam.

Ada pihak yang mengaitkannya dengan amalan masyarakat Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah pada malam Deepavali manakala daripada sudut budaya Melayu ia bertujuan menerangkan perjalanan jemaah ke surau atau masjid.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nor Hisham Osman yang melalui zaman kanak-kanak di kampung berpeluang menyaksikan malam tujuh likur sebagai hari masyarakat desa menyiapkan juadah sebelum Syawal.
“Lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bersatu tenaga menyediakan juadah seperti dodol dan meminta bantuan kanak-kanak untuk menumbuk gula mahupun tepung menggunakan lesung kaki selain bergilir-gilir mengacau kerana ia mengambil masa panjang untuk dimasak,” katanya.

Berhubung tradisi memasang panjut pada masa itu, ia dikatakan bagi membantu mereka yang menuju ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan.
“Orang kampung memasang panjut sepanjang Ramadan sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah kerana kami tiada kemudahan elektrik seperti hari ini,” katanya pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru ini.

Malam tujuh likur turut meninggalkan nostalgia kenakalan zaman kanak-kanaknya bersama-sama rakan sekampung yang gemar menyakat penduduk kampung terutama golongan tua terutama ketika mereka pergi menunaikan tarawih.

Yassin - bagi saya malam tujuh likur ini adalah adat budaya melayu itu sendiri sumbernya drp mana tidak dipastikan asas tujuannya sekadar ingin memeriahkan malam-malam menjelang hari raya dengan memasang pelita juga dpt menerangi kampung-kampung yang gelap sambil membuat sedikit persiapan menjelang hari raya. Rumusannya memasang pelita atau lilin sekadar utk bersuka-suka.


____________________________________________________________________

Pada pendapat aku la kan, malam 7likur malam yg aku nanti2kan sejak kecik lg...mana x nyer..malam ni la, malam yg diterangi dengan pelita2 yg dipasang disekeliling rumah...mmg meriah...Di samping malam Lailatul Qadar, malam ni juga malam untuk persediaan kite menyambut Syawal....


Merdeka

Happy National Day
Semoga Malaysia sentiasa aman dan damai...



Kiter perlu bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan kiter sebuah negara
yang aman dan damai daripada segala ancaman...Walaupun negara kite skg aman, tp kite mesti sentiasa berjaga2 dan berwaspada dengan ape jua yang bakal berlaku pada masa
akan datang....

Merdeka!!!!!!!



Wednesday, August 18, 2010

Saya SAYANG .......

Saya sayang kereta saya... Nape Saya sayang kereta saya???




Sbb kereta saya comel..heheheh..

Saya sayang kereta saya, nape saya sayang keta saya???




sebab kereta saya warna merah.. ( yeke ?? )

saya sayang kereta saya, knapa saya sayang kereta saya???



sebab, kereta saya lah paling cantik kat sekolah...hahahh

saya sayang kereta saya,
kenapa saya sayang kereta saya???



Sebab, korang jawap la sdiri..hahah...


Saje je nk share pasal kereta ak ni,
hik3


Kelebihan KURMA

Saya ingin kongsikan artikel yang di petik dari blog Evolusi Minda pada anda semua. Artikel ni ditulis oleh Puan Arina Abbas, Moderator/ Penceramah dari Evolusi Minda

Manusia dan makanan tidak boleh dipisahkan. Ini juga menyebabkan industri pemakanan semakin banyak yang tumbuh. Makanan segera, bazar ramadhan, restoran, kopitiam dan pelbagai lagi tempat makan dibangunkan. Industri makanan semakin maju dan ramai yang mampu menjadi jutawan melalui industri makanan. Namun terlalu ramai yang tidak tahu antara tips kejayaan yang utama adalah menjaga pemakanan (food intake). Ia bukan satu mitos atau dongengan tetapi satu kenyataan yang harus diberi perhatian dengan serius. Pemakanan yang terjaga menjamin kejayaan dan seterusnya kekayaan.

Pemakanan yang sihat harus dititik beratkan sejak daripada bayi lagi. Ibubapa harus menjaga dengan teliti pemakanan bayi untuk menjamin bayi itu membesar dengan sempurna dan yang paling penting kesihatan mindanya terpelihara.

Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Masalah utama yang terdapat pada kita terutama orang kita adalah tidak mengambil berat soal pengambilan makanan. Sehingga tercipta kata-kata, ‘aku apa pun makan, tolak batu ngan kayu jer’.

Tahukah anda untuk menjadi berjaya atau kaya apatah lagi untuk menjadi jutawan hebat kita perlu menjaga pemakanan kita. Perut yang sihat memastikan fokus yang baik. Fokus yang tajam memastikan kejayaan dalam perniagaan.

Ramai yang tidak tahu, bahawa fokus bersangkutan dengan kesihatan perut. Jika perut tidak sihat, fokus juga tidak akan menjadi tajam. Ini dengan sedirinya akan mengganggu perjalanan bisnes yang dilakukan. Apabila fokus tidak bagus dengan sendirinya rezeki menjadi sempit.

Bagaimana keadaan ini berlaku? Apa hubungkaitnya perut dengan fokus? Baiklah, mari kita tengok hubungkaitnya, apabila kita makan sesuatu makanan, ia akan masuk kedalam perut dan dicernakan. Boleh dikatakan 90% makanan yang dimakan adalah bersifat asid dan asid ini pula sifatnya panas.

Mari kita lihat bagaimana asid ini mempengaruhi kita. Kita ambil contoh satu organ sahaja, iaitu perut. Perut, hati dan limpa mempunyai frekuensi organ yang sama. Apabila sesuatu makanan yang bersifat asid masuk ke dalam perut, pankreas akan merembeskan lebih banyak asid untuk mencernakan makanan tersebut.

Ini mengakibatkan asid yang berlebihan dan asid ini akan diserap ke dalam darah dan seterusnya diedarkan ke seluruh badan termasuk otak. Asid akan mempengaruhi otak menjadi lembab, kurang kreatif dan seterusnya meletihkan badan.

Asid-asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk kristal. Inilah antara punca penyakit gout, gastrik, batu karang dan hepatitis. Apabila badan menjadi panas akibat asid yang berlebihan ini, perasaan dengan sendirinya akan terganggu. Seseorang itu akan merasa keliru, was-was, kurang keyakinan, malas, letih dan hilang selera makan. Keadaan ini juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah telinga, mulut kering dan pecah, mudah demam, suhu badan tidak seimbang.

Bayangkan apabila kita melakukan perniagaan, kita sering berasa keliru tidak mampu membuat keputusan dengan baik, was-was dengan semua tindakan, bagaimanakah perniagaan itu hendak mencapai kejayaan? Mampukah kita memperbesarkan perniagaan tersebut? Kita menjadi runsing, cepat putus asa, terganggu dengan masalah peyakit yang ada dan dengan sendirinya kurang tumpuan dan sentiasa berasa letih dan lemah. Bolehkah kita mencapai impian untuk menjadi kaya apatah lagi jutawan dengan keadaan dan situasi yang begini? Jauh sekali.



Jangan ikut perasaan, kalau niat untuk menjadi berjaya atau kaya itu sangat kuat, jagalah pemakanan anda. Percayalah bahawa semua orang-orang yang berjaya menjaga pemakanan mereka. Semua organ-organ yang ada di dalam badan kita ini sebenarnya mempunyai tenaga frekuensi yang berbeza. Untuk memastikan kejayaan atau kekayaan menghampiri kita, kita wajib menjaga tenaga dan frekuensi organ-organ ini dengan baik. Apabila semua tenaga organ-organ dalam badan kita sentiasa berada di tahap 100% maka percaya dan percayalah kejayaan dan kekayaan mudah menjadi milik anda.

Ini adalah sebab utama mengapa Rasulullah s.a.w sangat menitik beratkan soal pemakanan. Baginda sendiri amat menjaga pemakanan baik dari segi khasiatnya mahupun dari segi kesuciannya. Mari kita lihat sunnah yang Rasulullah bawa, iaitu memakan kurma sebagai amalan.

Mengapa baginda berbuat demikian? Antara sebab utamanya adalah kerana baginda mempunyai tugas besar iaitu menyebarkan Islam sehebat mungkin. Untuk tugasan hebat ini, baginda harus memiliki kesihatan yang unggul, fokus yang sangat tajam, kebolehan membuat keputusan dengan cepat (fast decision making), mempunyai tenaga minda yang tinggi agar mampu menpengaruhi umat untuk memeluk Islam. Tidak hairanlah mengapa baginda sehingga hari ini menduduki tangga pertama orang yang paling berpengaruh di dunia menurut satu sumber kajian seorang penulis buku dari Amerika Syarikat.

Apa kaitannya kurma dengan kejayaan baginda? Kurma, kismis, delima, merupakan sebahagian daripada makanan yang bersifat alkali dan apabila diambil dengan kadar yang berpatutan mampu membantu meneutralkan asid yang ada di dalam badan seseorang. Seperti yang kita tahu, asid mengganggu kesihatan, tetapi alkali yang terdapat pada makanan ini mampu mematikan keracunan asid tersebut. Apabila badan kita neutral tidak ada gangguan pada pemikiran dan ketetapan fokus menjadi tinggi. Mental menjadi kuat dan kita mampu merancang strategi dengan baik.





Inilah sebab mengapa Rasulullah bersabda,
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Dan baginda bersabda lagi,
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Malah banyak lagi hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kebaikan menjaga pemakanan. Jadi mula daripada sekarang bagi sesiapa yang mempunyai impian untuk berjaya, menjadi orang hebat dan kaya, maka jagalah pemakanan anda.

Monday, August 16, 2010

KELEBIHAN BERPUASA

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.

Selamat Berpuasa

Anugerah Aidilfitri

Saturday, August 14, 2010

Rumahku SyurgaKu

Pejam celik pejam celik da 5 ari kite berpuasa...
pantaskan masa berlalu..pagi2 ni xde keje nk wat, so
updatela blog ni..nk share ngn kwn2 about my home...



ni view my house...nyaman je kan...
selama 26 thn ak dibesarkan di rumah ni...sejak umo 1thn
my parent berpindah ke FELDA...
ni bukan umah asal, umah asal cuma bhagian depan 2 jek..bhagian belakang da di ubah
4 org "hero" dibesarkn disini...

selama 26 thn ni ak disini, ak ade 1 hasrat
nak bantu parent ak renovate rumah asal ni..
alhamdulillah, tercapai..skg dalam proses pembinaan..
walupn xbesar mana, tp amat bermkna dlm idup aku ni...

insyaallah dlm 1minggu lg siap lerr..



awal bulan 6 sudah bermula proses



pada mulanyer mmg la teramat slow
tukang ni...huhu...smpai naik bengang gak....



lama punye tggu, jd gak bentuk rumah yg aku nak...
lama2 tgk puas ati gak la dorg wat..mmg tliti n kemas..



proses nak pasang bumbung lak..
sebagai anak tuan rumah so phm2 je la..
kena round wat pemantauan..hahhaha







tadaaaaa~~~ siap pun..tggal nak mengecat pulak..

adoiiiiii






so tinggal proses memasang jubin lak...
sbnrnyer tukang2 ni ngah memasang kt umah ni...hahah..
jap g ak snap keje dorg... =p

Tuesday, August 10, 2010

Yea2 Esok poser



Alhamdulillah, esok masuk 1 Ramadhan...
maka bermulalah umat islam semua memulakan ibadat puasa
selama 30 hari...
biler dtg je bulan Ramadhan, byk sgt
kenangan2 yg xdpt ak lupe kan...
yela kengan berpuasa di tempat org..
tmpat aku belajar dulu UPSI tetap dlm ingatan
dan berpuasa di rawang...
tahun ni ak berpuasa di sini, umah org tua
kalu cite pasal puasa mmg byk ak nk cerita..
tp xperlu kot, sbb kang xberhenti pulak ak menaip je ni...hahah
anyway mlm 1 Ramadhan ni, mlm yg sunyi bg ak...
bunyi2 cengkerik kt luar jelas didengari
tp yg penting, esok xtau lak leh bgun sahur ke x..hhaha...



cuma nk pesan je ni, esok da puasa, so
kena la kawal diri yerk...

Thursday, August 5, 2010

Finish Already

Yeahh...cool... KRSV 2010 da settle 4hb ogos lepas..
alhmdulillah, mudah2an thn ni % SPM PSV meningkt la yerkk...
ak yakin stdent thn ni lbih independent, so jgn lak korg maen2 yerk..
ni hasil keje d0rg =p



















plan seterusnyer, cover tuk SPM akan dtg...berpeluh2, berkerut2 dahi aku pk...cmne nk mahirkn dorg ni melukis, yela tuk kertAS 2...
dak2 ak ni lemah bab2 melukis..so kena la raging dorg smpai mahir..huhuhu




Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me