CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Thursday, December 8, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum......


Malam ni malam jumaat kan... Malam ni tiba-tiba timbul rasa nak muhasabah diri... Yela, dengan apa yang berlaku sepanjang tahun ni, macam-macam aku tempuh... Tahun baru pun makin dekat, adakah tahun ini, semua hajat yang aku inginkan tercapai??? Dan adakah tahun ini, merupakan tahun untuk menguji kesabaran diri??? hurmmm... tidak mengapa, baik buruk yang berlaku ke atas diri aku sepanjang tahun ini besar hikmahnya... :)

Memang amat besar dugaan yang aku lalui sepanjang tahun ni, aku ditimpa kemalangan 4 hari bulan ramadhan..huhu...Tipula kalau aku tidak rasa kehilangan, memang aku rasa kehilangan masa tu...hilang harta benda... huuhuhu.... tapi disebalik kesedihan yang aku alami, aku telah dikurniakan seorang yang bergelar sahabat... Dia lah yang sentiasa memberikan aku sokongan, memberikan aku nasihat untuk aku bangun semula... sehingga sekarang, sahabat ini sentiasa memberikan aku sokongan sekiranya aku menghadapi masalah... betullah orang kata, kawan mudah nak cari tapi sahabat amat-amat payah untuk kita temui... Tapi Alhamdulillah, amat besar hikmah yang aku perolehi disebalik kejadian yang berlaku ke atas diri aku tanpa sedar...

Terima kasih Teman :)

Tahun depan tak tahu lah apa khabarnya..... sebelum kita memikirkan masa depan, baik kita memikirkan masa kini yang belum tentu baik atau buruk akhirnya

Berusaha untuk selalu berfikir positif dan optimis dalam semua kesulitan ,Jangan terobsesi pada pengalaman masa lalu atau masa depan, tapi tataplah masa kini. Masa lalu sudah lewat, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

Peganglah kata-kata ini sebagai muhasabah diri... Memang akan aku pegang kata-kata ini... :)

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu




Haaa... Korang sudah tengok filem adaptasi dari novel ni??? Pada mulanya, memang aku tak excited nak tengok filem2 melayu ni...bukan sebab ape, yela aku tengok cite melayu sekarang asyik2 cite antu, asyik2 cite gengster...hurmmmm...so filem ni kite tukar mood sekejap... Mula2 masuk panggung memang la kena Q panjang...terpikir sekejap... boleh tahan jugak penangan filem ni... kat Fb pun sama... semua orang komen pasal filem ni... So untuk memuaskan hati sendiri... nak tak nak aku join la tengok bersama kekwan yang laen... start je jalan cite da wat smua orang touching..pehhh..leleh sehh..hehehe.... kalau korang tak tengok lagi... cepat2 la tengok... sure memang puas hati filem ni..


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Saturday, December 3, 2011

Hidup kembali ceria :)

Dalam bulan 11 yg lalu, banyak dugaan yang aku perlu tempuhi...amat perit ku rasa... tak tahu di mana perlu aku mengadu, di mana perlu aku menangis.. Saat-saat seperti ini, aku amat memerlukan seseorang yang sudi untuk mendengar segala isi hati yang selama ini aku tanggug sorang2...huuh... Mengharapkan kasih pada yang tak sudi seolah2 aku ibarat pengemis yang terhegeh2 untuk memetik cintanya... Dengan segala kesabaran yang selama ini aku tanggung...pelbagai hikmah yang aku dapat... Tuhan tu maha kaya, sentiasa memberikan yang terbaek untuk semua hambanya.... Alhamdulillah, Tuhan telah membuka mata untuk membezakan yang mana kaca yang mana permata... Terima kasih buat BFF yang selama ini tak jemu untuk memberikan aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ni... Aku amat beryukur kepadaMu kerana telah mengurniakan aku seorang teman BFF yang sentiasa di sisi bila aku menghadapi masalah... Terima kasih awak... Awak banyak beri saya nasihat, sokongan, saya amat hargai segala pengorbanan yang telah awak beri selama ini.. :) Tak tahu macam mana untuk saya balas segala kebaikan yang awak berikan selama ni kepada saya...

Terima kasih Teman :)

Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me