CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Myspace Comments, Emo Comments at WishAFriend.com

Thursday, December 8, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum......


Malam ni malam jumaat kan... Malam ni tiba-tiba timbul rasa nak muhasabah diri... Yela, dengan apa yang berlaku sepanjang tahun ni, macam-macam aku tempuh... Tahun baru pun makin dekat, adakah tahun ini, semua hajat yang aku inginkan tercapai??? Dan adakah tahun ini, merupakan tahun untuk menguji kesabaran diri??? hurmmm... tidak mengapa, baik buruk yang berlaku ke atas diri aku sepanjang tahun ini besar hikmahnya... :)

Memang amat besar dugaan yang aku lalui sepanjang tahun ni, aku ditimpa kemalangan 4 hari bulan ramadhan..huhu...Tipula kalau aku tidak rasa kehilangan, memang aku rasa kehilangan masa tu...hilang harta benda... huuhuhu.... tapi disebalik kesedihan yang aku alami, aku telah dikurniakan seorang yang bergelar sahabat... Dia lah yang sentiasa memberikan aku sokongan, memberikan aku nasihat untuk aku bangun semula... sehingga sekarang, sahabat ini sentiasa memberikan aku sokongan sekiranya aku menghadapi masalah... betullah orang kata, kawan mudah nak cari tapi sahabat amat-amat payah untuk kita temui... Tapi Alhamdulillah, amat besar hikmah yang aku perolehi disebalik kejadian yang berlaku ke atas diri aku tanpa sedar...

Terima kasih Teman :)

Tahun depan tak tahu lah apa khabarnya..... sebelum kita memikirkan masa depan, baik kita memikirkan masa kini yang belum tentu baik atau buruk akhirnya

Berusaha untuk selalu berfikir positif dan optimis dalam semua kesulitan ,Jangan terobsesi pada pengalaman masa lalu atau masa depan, tapi tataplah masa kini. Masa lalu sudah lewat, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

Peganglah kata-kata ini sebagai muhasabah diri... Memang akan aku pegang kata-kata ini... :)

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu




Haaa... Korang sudah tengok filem adaptasi dari novel ni??? Pada mulanya, memang aku tak excited nak tengok filem2 melayu ni...bukan sebab ape, yela aku tengok cite melayu sekarang asyik2 cite antu, asyik2 cite gengster...hurmmmm...so filem ni kite tukar mood sekejap... Mula2 masuk panggung memang la kena Q panjang...terpikir sekejap... boleh tahan jugak penangan filem ni... kat Fb pun sama... semua orang komen pasal filem ni... So untuk memuaskan hati sendiri... nak tak nak aku join la tengok bersama kekwan yang laen... start je jalan cite da wat smua orang touching..pehhh..leleh sehh..hehehe.... kalau korang tak tengok lagi... cepat2 la tengok... sure memang puas hati filem ni..


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Saturday, December 3, 2011

Hidup kembali ceria :)

Dalam bulan 11 yg lalu, banyak dugaan yang aku perlu tempuhi...amat perit ku rasa... tak tahu di mana perlu aku mengadu, di mana perlu aku menangis.. Saat-saat seperti ini, aku amat memerlukan seseorang yang sudi untuk mendengar segala isi hati yang selama ini aku tanggug sorang2...huuh... Mengharapkan kasih pada yang tak sudi seolah2 aku ibarat pengemis yang terhegeh2 untuk memetik cintanya... Dengan segala kesabaran yang selama ini aku tanggung...pelbagai hikmah yang aku dapat... Tuhan tu maha kaya, sentiasa memberikan yang terbaek untuk semua hambanya.... Alhamdulillah, Tuhan telah membuka mata untuk membezakan yang mana kaca yang mana permata... Terima kasih buat BFF yang selama ini tak jemu untuk memberikan aku semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ni... Aku amat beryukur kepadaMu kerana telah mengurniakan aku seorang teman BFF yang sentiasa di sisi bila aku menghadapi masalah... Terima kasih awak... Awak banyak beri saya nasihat, sokongan, saya amat hargai segala pengorbanan yang telah awak beri selama ini.. :) Tak tahu macam mana untuk saya balas segala kebaikan yang awak berikan selama ni kepada saya...

Terima kasih Teman :)

Tuesday, September 20, 2011

Hai semua... mood petang ni, tetiba pulak nak update blog.. tapi tak tahu pulak nak cite pasal isu ape..hahahha... anyway, saje je kot nak cantekkan lagi blog aku yang serba simple ini..



saje membuang masa seketika melayan mood diri..>


Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri 2011







with my sibling

Salam Aidilfitri buat follower2 semua yg selalu singgah my blog yg serba simlpe ini.. :D
Biasalah, bulan2 raya ni agak sibuk dengan aktiviti2 terjah rumah kawan2 tuk beraya...
Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua....





Monday, August 8, 2011

Excident :(


04.08.2011 - 3.20pm ( lokasi Jalan Besar Kahang Timur )


Setiap musibah yang berlaku, setiap dugaan yang Allah berikan kepada semua hamba2nya, ade hikmah disebalik ape yang berlaku... Semua hambanya tidak lari dengan dugaan dariNya...

Aku percaya,ape yang berlaku pada diri aku ni, terdapat 1001 hikmah disebaliknya... Kejadian berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pentaksiran PSV 2011...

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sering kita dengar, yang sering kita guna...alhamdulillah, aku cuma cedera ringan sahaja...Allah masih sayangkan aku... kejadian berlaku sekelip mata yang tidak dapat aku terangkan bagaimana...

Sedih memang aku sedih.. aku diamkan diri dan berfikir tentang nasib diri aku ni.... OREN da xde... :( tiap petang, aku akan cuci, aku akan lap, aku akan bwk pusing2... tp skg, Oren xdpt nak menemani aku...

Oren byk berjasa, dialah satu2 nya harta pertama hasil titih peluh aku berkerja, hasil titik peluh aku mendidik, hilang sekelip mata.... :(

Dengan sokongan keluarga, rakan2, dengan iringan doa, allhamdulillah, aku dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan tenang... Dan aku percaya, ade HIKMAH disebaliknya... InsyaAllah... amin










kereta langgar dari arah bertentangan



Sunday, July 31, 2011

Welcome Ramadhan



Selamat datang Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ini aku dipanjangkan umur
dan dapat bertemu kembali bulan yang dinanti-nantikan ini...

semoga pada tahun ini, akan mendapat seribu
kenikmatan dalam mengerjakan ibadat puasa

amin~~~


Monday, July 4, 2011

UiTM Shah Alam

SEMINAR MEMPERKASAKAN GENERASI MUDA 2011

Pada 1hb Julai yang lepas, SMK Kahang telah ditawarkan untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh Parlimen Sembrong yang diadakan di UiTM Shah Alam... so, sek aku pun mnghantar 97 orang pelajar tingkatan 5...

Tanpa melepaskan peluang, aku pun nak ikut sama menjadi guru pngiring... giler kalau x nak pergi kan...hehe...

So kami semua bergerak ke Uitm dalam pukul 10am dari Kluang dan seramai 1000 pelajar dari 4 sek yang laen... ( 13 bus )

Dalam perjalanan, macam2 berlaku...bus rosak la.... aircond bus x berfungsi laa... kesian kat student2 aku sebab masing2 kepanasan.....

Sampai Uitm dalam pukul 4pm... so kami semua diberi bilik.......




disebalik pintu ni, nak tau rupa bilik??

tadaaaaaaa




tu diaaa... biasala...bilik studet kan...

yg penting selesa... walupun kami disambut dengan serangan nyamuk
heheehhe...

Program ni, guru2 tidak terlibat...kerana semua pelajar di kawal dan diuruskan oleh Mentor2 di sana, so guru agak free la... Memandangkan guru tiada pgram sgt disana, so da dekat dgn uptown, ak pn lari ke sana..hahahha.... saje ronda2 walupun hanya membeli selipar




murah je.. RM15 saje... ^^,

Senang cite, pgrm guru2 kat sana ibarat bercuti...berbanding pelajar yang kena melibatkan diri dengan segala aktiviti bersama mentor...heheh... Berjalan n beronda2 saje la kami semua... mau nak tercabut gak kaki ni, lenguh sangat........

ni antara lokasi2 kami meronda......



Stadium Uitm




Perpustakaan Uitm



Adehhh...ade banyak lagi gambo2 kami beronda... tak dan nak upload semua.. :D


Monday, June 27, 2011

TAK BOLEH TIDOOO

hurmmm.........malam ni ntah kenapa aku xboleh tidoooo...


mungkin, terlalu penat sebab petang tadi aku balik kol 5 petang kerana stay back with my student untuk siapkan kerja kursus PSV...

atau, aku terlalu banyak berfikir, sama ada pasal kerja atau pasal apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran aku ini....

hurmmmmmmm...... entah la, aku pun tak faham.... @_@

Tuesday, June 14, 2011

Chicken POx

hari ini, genap cukup seminggu aku menghidapi CHICKEN POX a.k.a cengkering..
ini memang kali pertama aku kena jangkitan penyakit ni..tp aku memang tidak sangka seteruk ni aku kena..

sabar sani sabar...
itu saja yang dapat aku kata....
paling teruk kena kawasan muka dan badan...
badan aku tak kisah sangat sebab bahagian tertutup...
tapi yang membuatkan aku risau, bahagian muka...

yela, kerjaya aku pun komunikasi dengan orang...
jumpa masyarakat.... timbul juga la perasan malu ni....




tidak mengapa, ada hikmah semua penyakit yang diberi...
aku redha dan aku tetap kuatkan semangat....

semalam pergi ke sekolah, dengan tujuan untuk menyiapkan kerja
yang belum siap lagi... yela, aku dapat MC 10 hari... macam2 boleh berlaku kan..
sampai2 saja di sekolah, keluarkan suara2 sumbang kata macam2....

"Jangan dekat, ko pembawa virus!!!!!!!"

mau x sedih aku dengar..........(T_T)

ko da hodoh sekarang!!!!!!!!


hurmmm....Ya Allah, kuatkan la semangat aku ni....lindungilah rakan2 aku dari terkena penyakit sebegini...



Wednesday, May 18, 2011

Disebalik Hari Guru

Salam... walaupun Hari Guru sudah berlalu, tetapi kehangatannya masih lagi terasa..hehe
tak sempat nak update blog, gara-gara kesibukkan yang amat sangat sejak-sejak ni di sekolah...

Almaklum lah, sudah masuk musim-musim peperiksaan kan...

Walaupun sibuk sana sibuk sini, sambutan hari guru tetap dijalankan... Persediaan AJK KEBIRU tahun 2011, telah laksanakan, tapi tahun ni, aku dilantik sebagai penasihat untuk program kali ini... layak ke aku?? hahah... nilai la sendiri... ^^,

Seperti biasa, sambutan hari guru akan diserikan lagi dengan nyanyian "KAMI GURU MALAYSIA" tidak kesah la, lagu ni sudah berkurun-kurun lamanya, tetapi lagu ni tetap MEMUKAU...



Tapikan, pada pendapat aku, lagu guru pada tahun ni, agak kurang MEMUKAU, sebabnya bila kami semua nyanyi lagu " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" agak tidak masuk feel... so kita orang semua, sekadar miming sajalah... hak3...

ok...ni aktiviti santai sepanjang Sambutan Hari Guru berlangsung



Persembahan Zapin Pantun Budi
- berkarok la apa lagi..heheh



Persembahan Zapin - Candak




Persembahan Pelajar Asli - Sewang








Sessi Pemotangan Kek





Haaaa.... percaya atau tidak???
aku sendiri pun agak terkejut juga...
Tiba-tiba aku mendapat Anugerah Khas Pengetua

"GURU PALING BERGAYA"

hehhee...layak ke???

btw, terima kasih kepada pengetua kerana
memberi anugerah ni... ^___^




Tahniah diucapkan kepada AJK KEBIRU 2011, kerana berjaya
menganjurkan program ini, diharap
tahun hadapan program seperti ini, dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi...


Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru


SELAMAT HARI GURU

buat diri ku.......pejam celik pejam celik
masuk 3 tahun aku bergelar sebagai seorang "GURU"
terima kasih aku ucapkan untuk ibubapa, adik beradik, orang yang aku sayang
rakan-rakan
yang sentiasa memberi sokongan
untuk aku mendidik anak bangsa
untuk menjadi generasi yang TERBAIK..




Thursday, May 5, 2011

My Room at school

ermm... malam ni tiba-tiba mood nak update blog datang...
tapi tak tahu aku nak share apa.. just aku nak share pasal bilik seni aku di sekolah....
actually, ini bilik seni yang baru...hasil usaha aku meminta dengan pengetua...akhirnya dapatlah bilik yang serba baru ini...

Pada awalnya, sekolah ni tidak mempunyai guru opsyen pendidikan seni, tetapi setibanya aku di sekolah ini, maka secara tidak langsung aku terus dilantik sebagai Ketua Panitia..hahah...kalut kalut....

Bilik seni dulu, OMG teramat la ibarat macam stor... kalau la kita dengar pasal bilik seni, terus terbayang di kepala, yang menggambarkan bilik tu la bilik yang paling cantik sekali dalam satu2 sekolah..kan kan... tapi lain pula bilik seni lama ni, fuuhhhh~~~~~ bukan setakat tikus, BIAWAK pun masuk bersarang dalam bilik seni... Cuba bayangkan macam mana????....


So sekarang bilik seni berwajah BARU.... tadaaaaaaaaa



amacam???






Monday, April 18, 2011

RINDU 1/2 MATI






Dmasiv - Rindu Setengah Mati

Aku ingin engkau ada disini

menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu

ku hanya memiliki kamu


aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu aku rindu setengah mati


meski tlah lama kita tak bertemu

ku slalu memimpikan kamu

ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu

sungguh ku ingin kau tahu

ku tak bisa hidup tanpamu


aku rindu…




mencintaimu

sehingga hembusan

nafas ku yang terakhir





Saturday, April 16, 2011

Senyum??

Senyum........



bile orang senyum, 1st impression orang terhadap mereka adalah, mereka dalam mood yang baik.... tak pun dalam hati sedang berbunga2......

tapi.....adakah betol pandangan mereka??? adakah mereka senyum, menunjukkan yang mereka suka, gembira, happy (maksud yang sama) ???

hanya tuan punya badan sahaja yang tahu....... kadang2 senyum ni banyak maksud...... kadang2 senyum ni untuk mengaburi mata orang yang mereka sebenarnya dalam keadaan seperti ini???




hurmm...ntah la kan...kadang2 aku pun dalam situasi begini jugak...
ada tujuan sebenarnya.........

cuma orang yang memahami diri kita, orang yang kenal sape diri kita sebenarnya,
mereka ni dapat mengetahui disebalik makna SENYUMAN itu sendiri


Kata semangat

Kata Muhasabah untuk Diri yg serba kekurangan ini

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.



Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.



Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.



Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.



Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.



Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.



Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti



Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.



Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."



SEMOGA DENGAN KATA2 MUHASABAH DIRI INI,
KITA DAPAT MERENUNG KE DALAM
DIRI MASING-MASING

Entah la....

Ahad ~ 9.40 am


hurrmmm.... mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh..........
tak tahu la ape yang aku pikir kan sekarang.........
macam2 benda aku pikir, makin lama makin bercelaru kepala ni........



kadang2 terasa ingin bawa diri ni jauh dari semua orang....aku mahukan privacy seketika, utk berfikir sedalam2nya.......da 2 ari aku memerap dalam bilik ni.........huhuh..........




Friday, April 15, 2011

Bilik PSV BANJIR

Jumaat ~ 10.40 pagi


seperti biasa ari jumaat, waktu paling best untuk aku, sebabnya waktu free
cuma 2 waktu sahaja kelas yang ada.. jadi dengan masa free yang ada, dapatla aku buat kerja2 apa yang patut...

p/s : Bukan mengular yeeee

bersemangat la aku mendaki blok setinggi 4 tingkat, mana tidaknya bilik seni aku ni, agak special sedikit, sebab di PUNCAK ALAM... heheh... paling tggi dari kelas2 yang laen...
sampai je puncak, aku seperti seolah2 memerlukan alat bantuan pernafasan, gile btol la, kalau hari2 aku cam ni... pancittttttttt.....

bukak je pintu, alamakkkkkkk.........

OMG, hujan turun dengan lebatnya dari syiling... wahhh.... amat2 ajaib??? kenapa??? hanya bilik aku sahaja yang turun hujan, sedangkan cuaca kat luar mau giler panassss........

TIDAKKKK...... tangki simpanan air atas syiling melimpah...tolonnnnnnggggggggggg...........

Ini kali ke-2 berlaku..........................





lebatkan "HUJAN" turun

(tertekan)



ni area dalam kelas
______________________________________________________





area stor

adeehhhh........ rosak brg2 huhuh..............


Kiss The Rain

I Love the Way You Love Me